Tuesday, March 30, 2010

Teleskop Hubble Mencerap Bumi
















SEJARAH Teleskop Angkasa Hubble (HST) bermula pada 1923, apabila bapa roket moden - Hermann Oberth, Robert H. Goddard dan Konstantin Tsiolkovsky memperkatakan mengenai teleskop berupaya mengelilingi orbit Bumi menggunakan roket.

Kemudian seorang ahli astronomi Lyman Spitzer menulis satu buku mengenai kelebihan balai cerap angkasa yang setanding dengan di Bumi. Spitzer banyak menghabiskan banyak masanya bagi membangunkan teleskop. Pada 1962 usaha Spitzer menampakkan hasil apabila Akademi Sains Amerika Syarikat menimbangkan pembangunan teleskop angkasa sebagai sebahagian program angkasa. Tiga tahun selepas itu Spitzer dilantik sebagai ketua jawatankuasa yang bertanggungjawab melaksanakan objektif saintifik bagi teleskop angkasa terbesar.

Sebenarnya kajian astronomi angkasa telah bermula dalam skala kecil selepas Perang Dunia ke Dua apabila saintis mula membangunkan teknologi roket. Manakala rancangan mengenai HST mula diketengahkan seawal 1923 tetapi atas kekangan kewangan dan teknikal, projek berkenaan dimulakan pada 1970an. HST dinamakan sempena ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) - Edwin Hubble. Apabila projek teleskop angkasa diluluskan, semua tugasan diagihkan di kalangan beberapa agensi terlibat. Misalnya Pusat Penerbangan Angkasa Marshall (MSFC) diberikan tanggungjawab untuk mereka, membangunkan dan membina teleskop manakala Pusat Penerbangan Angkasa Goddard pula diberikan kuasa mengawal peralatan saintifik dan pusat kawalan Bumi. MSFC pula memberikan tanggungjawab kepada syarikat optik Perkin-Elmer bagi mereka dan membina Aturan Teleskop Optikal (OTA) dan Panduan Penderiaan Halus bagi teleskop angkasa.

Syarikat Lockheed pula diberikan tugas membina kapal angkasa di mana teleskop bakal ditempatkan. Semasa dilancarkan, HST membawa lima peralatan saintifik bagi tujuan pemantauan serta kajian. Walaupun bukan teleskop angkasa yang pertama, HST merupakan teleskop terbesar dan serbaguna bagi menjalankan penyelidikan dan pelbagai tugasan awam lain. HST merupakan hasil kerjasama antara Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah dan merupakan salah satu Balai Cerap NASA terbesar selain Balai Cerap Gamma Compton, Balai Cerap Chandra X-Ray dan Teleskop Angkasa Spitzer. Mengikut perancangan awal HST bakal dilancarkan pada 1983 kemudian terpaksa ditunda atas alasan yang sama.

Monday, March 29, 2010

Membelai bayi robot



Bayi robot Diego-San.

Penyelidik dari sebuah universiti Jepun telah membangunkan robot bayi bernama Yotaro yang mempunyai kemampuan menangis, merengek dan juga ketawa seperti bayi sebenar!

Robot bayi atau dikenali juga sebagai 'baby-bot' yang comel itu mempunyai sepasang mata biru yang bersinar dan pipi yang lebar.

"Yotara merupakan robot yang membolehkan anda untuk mendapat pengalaman seperti menyentuh bayi sebenar yang kemudiannya memberikan respons berbentuk perasaan tertentu," kata Hiroki Kunimura, dari makmal sains kelakuan dan robotik dari Tsukuba University di Tokyo.

Muka Yotaro diperbuat daripada silikon lut cahaya lembut bewarna kemerah-merahan dan disambungkan kepada komputer untuk membuat simulasi menangis, bersin, tidur, senyum dan ketawa mengekek yang boleh didengar melalui speaker.

Bayi itu akan memberikan reaksi muka yang berbeza dengan pergerakan kaki dan tangan apabila mana-mana bahagian muka atau badannya disentuh. Sentuhan itu dikesan melalui sensor yang dipasang dan perasaan Yotaro akan berubah mengikut tahap dan kekerapan sentuhan itu.

Bagaimanapun, berhati-hati! Jika anda lupa menyelimutkan bayi ini dan membiarkan ia dalam keadaan kesejukan, hidung Yotaro akan berhingus. Ia dihasilkan apabila sejenis pam akan mengalirkan titisan air melalui lubang hidung bayi itu.

"Bayi dengan kepala bersaiz belon ini boleh juga menghasilkan ekspreasi muka berlainan yang sudah tentu mampu memberi idea kepada ibu bapa baru," kata Masatada Muramoto, salah seorang ahli penyelidik.

Jepun sememangnya telah terkenal dalam pembangunan pelbagai jenis robot berupa manusia atau humanoid seperti robot Asimo dari Honda yang boleh melakukan pelbagai tugasan seperti manusia.

Malahan kini terdapat ribuan robot humanoid telah digunakan di dalam industri seperti menjadi penyambut tetamu, penghidang minuman, mencuci lantai dan juga robot cantik seperti supermodel HRP-4C.

Sebenarnya, robot kanak-kanak yang pertama juga telah diperkenalkan oleh penyelidik dari Jepun tahun lepas dikenali sebagai CB2. Kanak-kanak robot ini mempunyai badan 'biomimetic' yang dicipta boleh berinteraksi dengan manusia seperti perhubungan ibu dan anak.

Pasukan penyelidikan yang membangunkan robot itu dilengkapi oleh pakar-pakar berkaitan seperti jurutera robotik, pakar otak, ahli psikologi dan lain-lain pakar.

Ia bertujuan untuk menghasilkan robot bayi yang mampu berfikir dan memberikan ekspreasi wajah termasuk bersedih dan gembira. Robot ini mempunyai ketinggian 130 sentimeter (sm) dan berat 33 kilogram (kg) dengan kemampuan mengesan tekanan atau sentuhan melalui 197 sensor yang diletak di bawah kulit yang diperbuat daripada silikon.

Selain itu, CB2 juga telah mampu belajar berjalan perlahan-lahan dengan dibantu 51 'otot' pneumatik di sekeliling bilik dengan dibantu oleh manusia.

Dalam masa dua tahun, penyelidik berharap robot itu mampu dipertingkat tahap kepintarannya dengan kemampuan bertutur bahasa asas seperti kanak-kanak berumur dua tahun.

Selain itu, minggu lepas, University of Osaka juga telah memperkenalkan robot yang meniru gaya bayi merangkak sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan mengkaji bagaimana manusia mendapat kemahiran bergerak dan bertutur.

Pembangunan

Robot M3-neony yang seberat 3.5 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu mempunyai badan yang menyerupai bayi baru lahir. Ia dilengkapi dengan 22 motor, 90 sensor sentuhan dan mikrofon yang diletak berhampiran mata dan telinga.

Yotaro dan M3-neony merupakan satu revolusi dalam pembangunan bidang robotik di negara matahari terbit itu yang sedang berusaha membangunkan lebih banyak humanoid yang mampu menggantikan pekerja asing melakukan kerja-kerja seperti menjaga golongan tua.

Sementara itu, penyelidik dari University of California, San Francisco, Amerika Syarikat juga telah membangunkan robot bayi yang mampu meniru perbuatan seperti bayi berumur satu tahun.

Bayi robot yang dinamakan Diego-San itu dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi dan pencepat 6-axis. Kemampuannya terhad kepada hanya berdiri dan memegang botol tetapi mampu melahirkan 20 jenis emosi di mukanya. Tetapi apa yang kurang menarik ialah saiz kepalanya yang sangat besar.

Begitulah iltizam para saintis di seluruh dunia yang begitu ingin 'melahirkan' bayi-bayi yang boleh dipeluk dan dibelai oleh manusia walaupun mereka menyedari ia hanyalah sebuah mesin.

'Burung besi' yang digeruni'

Global observer




PESAWAT tanpa juruterbang (UAV), peninjau atau pesawat dengan kawalan jarak jauh merupakan antara nama yang diberikan kepada pesawat kecil yang semakin digeruni masa kini.

Bagi kebanyakan negara, memiliki pesawat UAV atau boleh juga dipanggil 'burung besi' itu seakan menjadi satu keperluan kepada pasukan angkatan tentera mana-mana negara.

Ini kerana pesawat itu bukan hanya boleh digunakan untuk mengintip pergerakan musuh tetapi juga dijadikan senjata untuk menyerang musuh dalam senyap. Kelebihan pesawat ini ialah selain tidak memerlukan pemandu, ia boleh terbang di bawah pengesanan radar dan boleh juga dijadikan seperti peluru berpandu iaitu meletupkan dirinya sendiri ke sasaran.

Malaysia sendiri dikatakan telah menggunakan beberapa buah pesawat UAV yang berperanan sebagai pesawat peninjau dan berkemungkunan akan menggunakan pesawat UAV buatan tempatan di masa depan. Selain digunakan untuk aktiviti ketenteraan, UAV juga sebenarnya banyak digunakan dalam kerja-kerja seperti penyelidikan saintifik, remote sensing, memadam kebakaran, memeriksa kedudukan paip dan sebagainya.

Menurut sumber industri, kira-kira 44 negara di seluruh dunia hari menggunakan pesawat UAV untuk pelbagai tujuan. Jumlah UAV di seluruh dunia, sebenarnya bukan hanya bertambah tetapi ia menjadi semakin pantas, kuat dan pintar dalam pelbagai model yang dibangunkan.

Avenger, misalnya merupakan UAV yang mampu memburu dan membunuh tiga kali lebih pantas berbanding model sebelumnya, Predator yang banyak digunakan di dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Bagi melihat sejauh mana perkembangan teknologi 'burung besi' ini, Mingguan Malaysia ingin memaparkan beberapa UAE yang sedang dibangunkan untuk kegunaan di masa depan.

Phantom Ray

Pesawat berkelas Stealth ini dibangunkan oleh The Boeing Company dengan berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Edwards, Lancaster, California, AS. Prototaip ini menggunakan sayap berkuasa jet yang menggunakan teknologi perang terkini seperti menganggu radar, mengisi minyak di udara, anti peluru berpandu dan sebagainya.

Jurutera menjangkakan pesawat ini boleh terbang sehingga 12,192 meter (m) dan mempunyai kelajuan sehingga 982 kilometer/jam (km/j) yang akan menjadikannya UAV paling laju pernah dicipta.

Demon

Pesawat ini dibangunkan oleh BAE Systems dan ketika ini masih berada dalam makmal pertahanan syarikat itu di London. Pesawat ini terbang tanpa sirip atau bahagian yang boleh diubah kerana seluruh badan berbentuk seperti sayap.

Keseluruhan pesawat dikawal oleh perisian yang menentukan bagaimana ia terbang ke atas dan bawah, termasuk membelok kiri dan kanan. BAE menjangkakan pesawat ini boleh diuji tidak lama lagi.

Vulture

Pesawat yang dijana oleh tenaga solar ini dibina oleh Lockheed Martin. Pesawat berbentuk seperti tali pinggang ini dibina untuk kemampuan terbang setinggi 16,764 meter dan boleh berada di udara sehingga tempoh lima tahun secara berterusan. Ia sangat sesuai diletakkan dengan kamera pemantauan yang boleh memantau sejauh 965 kilometer di bawah bumi. Badan pesawat ini boleh membengkok atau melurus apabila berhadapan dengan rintangan angin.

RQ-170 Sentinel

Pesawat jenis Stealth ini dibangunkan oleh Lockheed Martin dan dikatakan menjalankan misi rahsia dan dipercayai berada di pangkalan tentera AS di Afghanistan. Tidak banyak yang diketahui mengenai pesawat ini dan dipercayai mempunyai kemampuan terbang dengan ketinggian sehingga 15,240 meter. Pesawat ini dijangka tidak digunakan sebagai pesawat pengebom kerana ia tidak membawa senjata bersamanya tetapi berfungsi sebagai pesawat pengintip.

Avenger (Predator C)

Pesawat ini dibina oleh General Atomics Aeronautical Systems dengan fungsi memburu dan memusnahkan. Pesawat ini mampu membawa peralatan seberat 1,360 kg sama ada dalam bentuk kamera pengawasan dan peluru pemusnah seperti peluru berpandu kawalan laser Hellfire. Pesawat ini boleh terbang dengan kelajuan 853 km/j dan boleh terbang tanpa henti selama 20 jam.

Embla

Pesawat UAV yang dibina oleh Aesir dari Britain ini berada dalam kategori Hovercraft dan digunakan di Afghanistan dan zon bencana. Ia mempunyai kemampuan terbang dan mendarat menegak (VTOL) seperti helikopter dan sesuai untuk membantu tentera di lereng-lereng bukit. Pesawat ini boleh terbang dengan ketinggian 3,048 meter dan kelajuan 80 km/j.

Ion Tiger

Pesawat ini dibangunkan oleh Naval Research Laboratory, Washington yang mempunyai tugasan lasak dengan berkhidmat di kawasan Eropah. Ia juga mungkin boleh terbang sehingga Asia Barat jika teknologi sel bahan bakarnya dipertingkat. Ia boleh terbang tanpa dapat didengar walaupun berada pada ketinggian 305 meter atau sehingga mencapai ketinggian 4,267 meter.

Kemampuannya untuk terbang selama 24 jam memberikan kelebihan untuk beroperasi di kawasan lereng bukit dan saiznya yang kecil membolehkan ia menghampiri musuh dengan kameranya yang ringan dan murah.

Excalibur

Pesawat UAV ini mempunyai fungsi memburu dan memusnah dan boleh digunakan dalam zon perang di laut dan darat. Ia juga boleh terbang dan mendarat tanpa lapangan terbang dan boleh terbang dengan ketinggian 9,144 meter. Dilengkapi dengan 181 kg peluru berpandu laser, Excalibur boleh memusnahkan sasaran yang berada sejauh 966 km dari tempat pelancarannya.

Sebenarnya banyak lagi pesawat UAV atau 'burung besi' yang sedang dibangunkan untuk masa depan, selain yang digunakan pada masa kini. Antara pesawat masa depan itu ialah S-100 Camcopter dari Austria, Skylite dari BAE Systems, Mantisdari Bluebird Aero Systems, Boeing HALE (High Altitude Long Endurance) dari Boeng, Global Observer dari AeroVironment dan Samarai dari Lockheed Martin.

Manakala pesawat UAV yang sedang digunakan pula ialah RQ-11B Raven, Wasp III, Desert Hawk, MD4-200 (Microdrone), T-Hawk/gMAV, Aerosonde, FINDER, ScanEagle, RQ-7 Shadow (AAI), Hermes 450/Watchkeeper, MQ-1 Predator, MQ-9 Reaper dan sebagainya.


Tuesday, March 23, 2010

Hasil kreativi bakul daripada surat khabar





ini ialah hasil kerja kumpulan kami dalam subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ialah surat khabar, gam uhu, syelek, gunting, besi halus dan bunga. Bakul ini boleh dijadikan perhiasan dan juga boleh dijadikan tempat letak bunga dan sebagainya...

Sunday, March 21, 2010

Helmet Pengesan Otak

HELMET EEG boleh mengesan darjah ketenangan otak seseorang

SEORANG peserta pameran gajet berteknologi menunjukkan helmet EEG yang ringan dan dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.

Dengan menggunakan helmet itu, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya.

Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh.

Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi.

by kosmo: 17 mac 2010

Thursday, March 18, 2010

Pembantu Rumah Robot

Robot Twendy-One








Twendy-One akan dikomersialkan pada 2015. ROBOT sebagai pembantu rumah? Ketika ini penggunaan robot untuk membantu kerja rumah, apatah lagi menggantikan tugas pembantu rumah sepenuhnya adalah mustahil. Bagaimanapun, siapa tahu apabila teknologi penciptaan robot semakin canggih, ia akan menjadi kenyataan.
Jepun sebagai antara negara termaju dalam teknologi robot giat membuat penyelidikan mencipta robot yang mempunyai hubungan erat dengan manusia. Pembangunan robot yang menepati sifat ini penting, terutama bagi sebuah negara maju seperti Jepun yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan pada masa sama, golongan tua semakin bertambah. Sehubungan itu, robot yang dapat berfungsi membantu manusia dengan selamat, boleh berkomunikasi dan tangkas bekerja semakin diperlukan.

Kebanyakan penyelidikan robot ketika ini lebih menumpukan terhadap aspek hiburan dan hanya sedikit kajian dibuat terhadap penciptaan robot yang memenuhi ciri seperti selamat, boleh diharapkan dan pantas.


BENDA kecil seperti penyedut minuman boleh dipegang dengan baik. Bagaimanapun universiti penyelidikan terkemuka Jepun, Universiti Waseda, baru-baru ini memperkenalkan Twendy-One, robot yang direka untuk membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut supaya boleh menggenggam seperti manusia serta menyokong tubuh apabila duduk dan berdiri. Dinamakan sebagai Edisi Abad ke-21, Twendy-One adalah versi canggih robot Wendy yang dimajukan pada 1999.

Hasil penyelidikan berterusan, Twendy-One yang lemah lembut membolehkannya memegang sekeping roti tanpa menghancurkannya dan mengangkat orang dari katil.
Profesor Shigeki Sugano, yang mengetuai sekumpulan pensyarah kejuruteraan mekanikal Universiti Waseda, berkata Twendy-One adalah robot pertama di dunia yang mempunyai paling banyak sistem bersepadu. TWENDY-ONE mampu membantu dan mengangkat orang kurang upaya dari katil ke kerusi roda.

Katanya, Twendy-One direka untuk hidup bersama manusia dan setakat ini adalah robot pertama mempunyai enam ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu, iaitu selamat, melahirkan sifat persahabatan, berkomunikasi, berkemahiran, mampu melakukan kerja fizikal dan bergerak. Saiz Twendy-One rendah sedikit daripada purata ketinggian wanita Jepun, iaitu 1.5 meter (5 kaki), tetapi seberat 111 kilogram (245 paun), mempunyai tangan panjang, manakala mukanya seperti wajah makhluk asing dalam filem E.T.

Penciptaan robot ini mengambil masa hampir tujuh tahun dengan perbelanjaan berpuluh juta ringgit untuk menggabungkan semua ciri teknologi tinggi seperti tangan yang mempunyai 241 pengesan tekanan berbalut silikon, ke dalam robot yang anjal dan lembut. Hasilnya, Twendy-One boleh meletakkan roti bakar di atas pinggan dan mengambil botol kicap dari peti ais apabila disuruh.

Robot ini mempunyai kebolehan bercakap dan boleh menyapa manusia dengan ucapan selamat pagi atau selamat menjamu selera. Sugano berkata, Twendy-One direka dan dimajukan menjadi robot yang boleh dikeluarkan secara komersial untuk membantu golongan tua dan mungkin bekerja di pejabat pada tahun 2015 dengan harga kira-kira RM671,000. Walaupun Twendy-One sudah cukup canggih, tetapi perjalanan masih jauh untuk melihat robot ini memenuhi ciri utamanya, iaitu mempunyai hubungan erat dengan manusia. Sugano mengakui bahawa Twendy-One sangat rumit dan masih mempunyai banyak kelemahan seperti bateri hanya tahan selama 15 minit dan komputer di bahagian belakang badan mudah menjadi terlalu panas selepas digunakan.

Hanya faktor masa akan menentukan sama ada Twendy-One menjadi sempurna seperti diharapkan oleh Sugano. Ketika masyarakat Jepun ternanti-nanti kemunculan Twendy-One pada tahun 2015, timbul persoalan sama ada masyarakat kita juga akan mengikut jejak negara maju yang memerlukan robot untuk melayan dan menjaga orang tua.

FAKTA Twendy-One

1. Direka untuk membantu golongan tua dan orang kurang upaya.

2. Bertindak balas terhadap sentuhan dan arahan suara manusia.

3. Bahagian badan direka untuk menutup semua wayar dan berfungsi menyerap hentakan.

4. Bahagian atas badan mempunyai 13 segmen manakala tangan mempunyai empat jari yang boleh digerakkan beberapa darjah.

5. Kepala mengandungi pembesar suara dan dua mata yang sebenarnya adalah kamera CCD.

6. Boleh membongkok untuk mengambil benda di atas lantai.

Robot

1. Perkataan robot diperkenalkan pada 1921 oleh penulis Czech, Karel Capek, dalam persembahan pentasnya, R.U.R (Rossum's Universal Robots) mengisahkan mengenai manusia buatan.

2. Idea mengenai manusia buatan wujud sejak zaman purba.

3. Elektro adalah robot bersifat manusia pertama dalam sejarah moden dihasilkan Westinghouse Electric Corporation pada 1930-an.

4. Unimation adalah syarikat menghasilkan robot pertama ditubuhkan pada 1956.

5. Robot industri pertama dipasang pada 1961.

6. Robert Williams, seorang pekerja kilang di Amerika Syarikat adalah manusia pertama mati dibunuh robot. Bagaimanapun, kes kematian pekerja kilang di Jepun, Kenji Urada, akibat robot adalah lebih terkenal.

7. Honda Corporation mencipta robot, ASIMO, yang boleh mengenal wajah manusia, berjalan dan berlari serta bertindak balas terhadap arahan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.

8. Robot kini digunakan dalam bidang manusia buatan ini lebih baik seperti dari segi produktiviti, ketepatan dan ketahanan. Ada bidang yang manusia lebih baik, tetapi robot lebih sesuai kerana kerja itu kotor dan bahaya.

9. Lebih 800,000 robot dipasang di seluruh dunia dengan 42 peratus di Jepun.

Sebahagian besar robot digunakan dalam industri automobil, pembungkusan, elektronik, ketenteraan. Di Jepun, robot berfungsi membantu orang tua.

Tuesday, March 16, 2010

Android, Telekomunikasi Masa Hadapan

Oleh Ariff Azraai · 14th November 2007

Android

Yeah, tiada Gphone dari Google, sebaliknya Android . Jom kita kenali apa itu Android.

Open handset alliance

Android adalah satu ‘operating system’ untuk telefon pintar seperti Symbian yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance, sebuah organisasi yang dianggotai lebih 30 gergasi telekomunikasi, teknologi maklumat dan pembuatan komputer. Antaranya adalah Intel, Sprint Nextel, HTC, Texas Instrument dan Google.

Apa yang menarik adalah, Android dibangunkan berasaskan Linux dan sumber terbuka bererti sesiapa sahaja boleh membangunkan satu lagi klon Android itu sendiri. Di samping itu, aplikasi-aplikasi yang dibangunkan menggunakan SDK, percuma dan diselia oleh oleh Google. Google telah menyediakan Us$10M untuk menggalakan pembangun perisian menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam memudahkan manusia hidup.

Android ini bukanlah satu persaingan Google dan Apple dalam menjadi juara dalam sektor telekomunikasi tetapi akan membuka jalan kepada manusia untuk berhubung dengan mudah dan kos yang rendah


Cool G108: Jam tangan pintar sekali dengan Hanphone

Beberapa tahun yang lalu kita mengenali jam tangan yang sekaligus merangkap menjadi storage device (menggunakan USB), sekarang jam tangan juga menambah salah satu fungsinya menjadi handphone. Cool G108 adalah Jam tangan yang juga berfungsi sebagai handphone. Pada tampilan atasnya hampir sama dengan jam tangan digital pada umumnya, bila kita buka, maka paparan handphone akan muncul disitu.

Fitur-fitur lain pada Cool G108 iaitu :

  • GSM QuadBand (850/900/1800/1900 MHz)
  • Ukuran: 51 x 51 x 20 mm (untuk body handphone saja)
  • Layar dengan lebar 1.5-inch 256k warna, 128 x 160 pixel
  • external LED display
  • Berat : 65 grams
  • Support GPRS
  • Menggunakan Kamera 1.3 megapixel
  • Support Multi media player
  • Bluetooth
  • Memori Internal 0.5 MB
  • Tersedia slot untuk Memory card (MMS)
  • SMS / MMS
  • Mendukung Koneksi lewat port USB

Jam Tangan, Handphone, support external memory dan ada USB, sehingga kita boleh transfer file dari PC ke Jam tangan kita. canggihkan?..sekarang dengan adanya kepakaran dalam bidang teknologi pelbagai jenis barang dpat dihasilkan untuk keperluan kita..











Monday, March 15, 2010

UFO diramal muncul di Lembah Klang tiga bulan lagi


Oleh NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Seorang pengkaji makhluk asing tempatan, Ahmad Jamaludin (gambar) meramalkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) akan muncul sekali lagi dalam masa tiga bulan ini di ruang udara Lembah Klang.

Pengkaji UFO bebas dari Kuala Terengganu itu berkata, kebiasaannya, tiga bulan merupakan waktu maksimum bagi UFO untuk muncul

Saturday, March 13, 2010

Persoalan Dasar PPSMI Yang Berubah-rubah


Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman(Hulu Terengganu) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan, apakah rasionalnya kerajaan menunggu sehingga tahun 2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dalam pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.


Video


Pandangan serta pendapat bebrapa orang penuntut sekolah terhadap cadangan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Melayu bermula pada tahun 2012.

Video

USM Cuba Kaedah Pembelajaran Aplikasi Bidang ICT

PULAU PINANG, 23 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengaplikasikan pengajaran bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengunakan kaedah unik yang dapat memberi lebih ruang kepada penuntut memahaminya mengikut cara tersendiri.

Naib Canselornya Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata idea menggunakan kaedah berkenaan diperolehi selepas beliau melihat kajian seorang pakar ICT dari India yang menunjukkan pembelajaran secara sendirian mendatangkan kesan positif kepada pelajar.

"Kaedah itu dilihat dapat menukar corak pengajaran sedia ada dan menjadikan ICT sebagai satu bidang yang boleh memberi impak kepada kreativiti dan ilmu pengetahuan secara lebih terbuka dan luas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai ICT di sini Selasa.

Katanya pengenalan pembelajaran ICT menggunakan teknik itu dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, di samping memenuhi keperluan terhadap kemahiran bidang berkenaan untuk semua golongan.

Bengkel tiga hari yang disertai 50 pensyarah dan pendidik, anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan itu diadakan serentak dengan pelancaran Pusat Sumber ICT Unesco Bangkok hasil kerjasama USM dengan Unesco Bangkok dalam mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran ICT secara lebih mapan dan sistematik.

Unesco Bangkok akan menempatkan Pusat Sumber Teknologi Komunikasi Maklumat selaras dengan penubuhan makmal i-SMARTLAB (Integration of Smart Media) di USM melalui dana Bank Pembangunan Islam (IDB).


-- BERNAMA

UMP Terima 13 Robot Industri Daripada Perodua


KUANTAN, 29 Dis (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) Selasa menerima sumbangan 13 robot industri bernilai RM2.6 juta daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerusi program kerjasama strategik antara industri dan institut pengajian tinggi (IPT).

Robot industri tersebut pernah digunakan bagi pemasangan model kereta Perodua iaitu jenis Kenari, Kancil dan Kelisa yang telah diberhentikan keluarannya.

Perodua turut menyerahkan manual penggunaan robot kepada universiti berkenaan bukan sahaja untuk pembelajaran dalam kelas dan praktikal malah lebih kepada tujuan pembelajaran simulasi industri.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dalam ucapan pada majlis penyerahan itu, berkata sumbangan robot tersebut adalah untuk digunakan dalam pembelajaran sebagai salah satu usaha penerapan kaedah kilang berasaskan industri di universiti berkenaan."Kerjasama antara UMP dan Perodua bukan sekadar sumbangan robot sahaja malah pemindahan teknologi melalui latihan pengendalian robot," katanyaTeks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib.

"Para pelajar turut didedahkan dengan peralatan canggih robot industri ini selari dengan perkembangan industri yang memberi kemudahan kepada pelajar untuk membuat penyelidikan selain mereka didedahkan dengan suasana di makmal dan kilang sebagaimana mereka akan bekerja di industri nanti" katanya.

Pada majlis tersebut turut diadakan pameran Perodua selain pameran pelbagai hasil penyelidikan UMP yang telah memenangi pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar.


-- BERNAMA

Wednesday, March 10, 2010

Pesta gajet kembali


TEKNOLOGI mengawal komputer menggunakan mata dan juga menonton video di cermin mata (kiri) adalah antara teknologi yang terdapat di pameran CeBit di Hannover, Jerman.

ROBOT yang boleh mengajar anda berbahasa Cina, komputer yang boleh dikawal dengan pergerakan mata, jam penggera boleh terbang dan menonton video di cermin mata adalah beberapa gajet atau produk berteknologi yang boleh disaksikan di CeBit.

Pameran teknologi terbesar dunia yang berlangsung di Hannover, Jerman, bermula Khamis lepas itu menjadi taruhan kepada syarikat-syarikat teknologi maklumat untuk mengembalikan kegemilangan bidang itu yang agak terjejas tahun lepas kerana kelembapan ekonomi dunia.

Mungkin kita boleh bermula dengan mengenali Amy, robot cantik dan pintar yang mempunyai kemampuan mengajar anda bahasa Cina dan mempunyai 400,000 perkataan untuk diucapkan. Ia juga mempunyai otak yang diprogram dengan pengetahuan daripada keseluruhan Encyclopedia Britannica.

Robot ini menggunakan teknologi kepintaran buatan dan sistem pengenalan suara serta boleh berbual selama empat jam tanpa henti dengan sesiapa sahaja.

Robot setinggi 35 sentimeter dan mempunyai skrin komputer sebagai mukanya itu mempunyai tangan laser untuk memaparkan wajahnya ke dinding. Amy dijangka berada di pasaran menjelang akhir tahun ini, kata Bruce Han dari syarikat Viewmotion Ltd., dari Korea Selatan.

"Setakat ini, dia hanya mampu bercakap dalam bahasa Inggeris dan Cina, tetapi kami berharap dalam masa beberapa tahun lagi Amy boleh berbahasa Perancis, Jerman, Itali dan Jepun," katanya.

Tarikan seterusnya ialah teknologi mengawal komputer dengan hanya menggunakan pergerakan mata yang dibangunkan oleh Tobii Technology dari Sweden.

Teknologi yang dibangunkan untuk membantu golongan kurang upaya (OKU) menggunakan komputer itu membolehkan penyelidik mengetahui apakah elemen pertama yang akan diperhatikan terlebih dahulu apabila seseorang menggunakan komputer.

Teknologi yang hampir sama juga diperkenalkan oleh Fraunhofer Institute yang mana pengguna boleh menunjukkan kepada skrin walaupun berada sejauh 20 meter dan 'menyentuh' ikon-ikon atau mengawal kursor seperti mereka menggunakan skrin sesentuh.

Menghubungkan

Fraunhofer dengan kerjasama beberapa syarikat juga sedang membangunkan perisian 'Hydra' yang merupakan sistem untuk kegunaan rumah pintar kerana ia boleh menghubungkan peralatan di rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, langsir dan sebagainya dalam satu sistem.

Misalnya, jika anda berada di luar rumah, anda boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mesin basuh untuk menjalankan cucian selepas pakaian anda direndam, menutup atau membuka langsir, membuka atau menutup televisyen dan sebagainya.

Memandangkan pemain muzik seperti pemain MP3 dan iPod adalah gajet biasa masa kini, maka beberapa syarikat berusaha memperkenalkan aksesori yang boleh dihubungkan dengan produk-produk itu seperti Tunebug Vibe.

Produk ini semestinya sangat digemari oleh peminat muzik kerana anda hanya perlu meletakkan pemain MP3 anda kepada mana-mana permukaan seperti meja, dinding, kotak dan sebagainya yang kemudiannya memberikan bunyi menakjubkan dengan speaker mudah alih anda itu.

Sebuah syarikat pengeluar gajet dari Britain, Satzuma misalnya memperkenalkan satu permainan yang mana membolehkan anda melancarkan roket getah untuk mengenai mana-mana sasaran rakan anda dengan menggunakan kawalan komputer.

Bagi yang agak susah bangun pagi dan sering menekan butang snooze atau stop ketika jam penggera berbunyi, apa kata jika anda membeli jam penggera yang boleh terbang!

Dengan jam penggera ini, apabila tiba waktunya yang anda telah tetapkan, ia bukan sahaja akan berbunyi tetapi ada sejenis alat yang akan terbang di sekeliling bilik anda yang mana anda perlu menangkap dan meletakkannya semula kepada jam penggera jika tidak mahu diganggu lagi.

Menarik bukan? Selepas terpaksa bangun dan mengejar alat itu, tentu tiada siapa yang akan merasa mengantuk lagi dengan gajet ciptaan syarikat Getdigital.de dari Jerman ini.

Getdigital.de juga menawarkan sebuah alat kawalan jauh yang sangat kecil tetapi mempunyai kemampuan membuka dan menutup kebanyakan televisyen di Eropah.

Sememangnya, CeBit mempunyai pelbagai teknologi yang mampu membuka minda anda dan juga memberi gambaran mengenai kehidupan masa depan yang sudah tentu menjadi acara wajib untuk dikunjungi kepada peminat gajet dan teknologi terkini.


Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusan.com.m

Komunikasi premium dan eksklusif


XPERIA X2 ditampilkan dengan fungsi eksklusif untuk aplikasi personal dan profesional.

FUNGSI cemerlang bagi segmen telefon bimbit pintar Sony Ericsson XPERIA sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bermula dengan XPERIA X1 yang hadir mencuri tumpuan pengguna pada penghujung tahun 2008, syarikat berkenaan baru-baru ini telah memperkenalkan model XPERIA X2 pula.

Menerusi tawaran teknologi dan reka bentuk yang sofistikated, model itu dilihat mampu memperkukuhkan lagi sambutan terhadap portfolio berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, fungsi versatil XPERIA X2 bakal melengkapkan keperluan pengguna bagi aktiviti profesional dan juga personal.

''Memandangkan permintaan terhadap telefon bimbit pintar hari ini mengalami pertumbuhan yang sangat pantas, pengenalan XPERIA X2 adalah tepat pada masanya,'' katanya pada taklimat media yang yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

XPERIA X2 mempunyai kelebihan didatangkan bersama sistem operasi Windows Mobile 6.5 untuk fungsi kawalan kerja yang lebih fleksibel.

Menerusi aplikasi unik SlideView pula, pengguna boleh mengakses kesemua aktiviti telefon bimbit seperti panggilan keluar dan masuk, emel, mesej, kalendar, nombor panggilan dan sebagainya secara pantas.

Dari segi paparan, ia dilengkapi panel sesentuh resolusi tinggi tiga dimensi (3D) bersaiz 3.2 inci yang boleh ditukar mengikut tema pilihan pengguna.

Lebih menarik apabila paparan skrin utamanya boleh bertukar secara automatik berdasarkan hari dan masa yang telah ditentukan oleh pengguna.

Untuk itu, telefon bimbit berkenaan menawarkan 14 rekaan panel istimewa seperti Skype, Mytopia, Googles, CNN dan Windows Live selain 16 panel lagi boleh diperolehi secara muat turun.

Walau bagaimana pun, telefon bimbit tersebut masih mengekalkan fungsi gelongsor tepi yang unik untuk untuk capaian pantas kepada papan kekunci QWERTY.

Bagi keupayaan multimedia pula, XPERIA X2 disempurnakan bersama kamera 8.1 megapiksel dengan teknologi pemfokusan auto digital 16 kali.

Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti sokongan kad memori microHD sehingga 16 gigabit (GB), sambungan Bluetooth, Wi-Fi, USB dan slot kabel televisyen.

XPERIA X2 yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan silver itu kini boleh diperolehi daripada pengedar sah dengan harga RM2,799.

ARKIB : 4/3/2010

Tuesday, March 9, 2010

Otak Serangga Bakal Gantikan 'Otak' Komputer?

"Dengan harga sekian, kualitas yang diperoleh lebih rendah dibandingkan jika menggunakan otak serangga yang harganya lebih murah. Pencangkokan otak serangga ke robot akan menjadi cikal bakal adanya komputer hybrid," ujar Higgins seperti dikutip detikINET dari Computerworld, Senin (10/12/2007). ( wsh / wsh )

Robot Bantu Pekerja Awasi Rel Kereta Api

Fransiska Ari Wahyu - detikinet

Moskow - Memeriksa setiap bagian rel kereta api merupakan pekerjaan yang membahayakan nyawa manusia. Di Rusia, para pekerja di perusahaan kereta api kini terbantu dengan kehadiran robot yang dapat menggantikan manusia bekerja memeriksa rel di area sulit. Selain itu, robot ini juga mampu melakukan atraksi menghibur seperti berjoged dan berbicara.

Ada delapan buah robot yang digunakan untuk uji coba. Tujuh diantaranya memiliki tinggi 35 cm, dan satu robot memiliki tinggi 1,4 meter dengan berat 70 kg.

Sebuah stasiun televisi Rusia telah menampilkan kebolehan robot-robot tersebut yang berjoged di atas meja dengan disaksikan banyak orang. Salah satu robot mengucapkan kata "Halo" dan beberapa kata lainnya.

"Kami berencana membuat robot khusus yang dapat menggantikan manusia bekerja di area sulit rel kereta api. Robot ini nantinya dapat memeriksa bagian rel kereta api yang dapat membahayakan akses manusia," ujar Roman Timofeyev, dari perusahaan rel kereta api, demikian seperti dikutip detikINET dari AFP, Rabu (26/12/2007). ( dwn / dwn )

Teknologi RFID

UMT, Senstech kerjasama promosi MM Chip

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mendapat kepercayaan syarikat penyedia produk dan teknologi pengesan terkemuka, Sentech Sdn Bhd bagi mewujudkan kerjasama dan pertukaran idea dalam bidang pengesanan melalui frekuensi radio (RFID) dan mempromosi Malaysia Microchip (MM Chip) untuk diguna pakai di sekitar kampus.

Kerjasama itu termeterai menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung antara Pengarah Urusan Senstech Sdn Bhd, Prof Madya Dr Azmi Hassan dan Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama yang akan dijalankan selama dua tahun itu ialah Pengerusi Malaysian Biotechnology Corporations, Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idrus.

Terdahulu dalam ucapannya, Aziz, berkata menerusi kerjasama itu, Senstech akan menyalurkan dana sebanyak RM200,000 untuk membolehkan UMT membuat penyelidikan bagi membangunkan perisian aplikasi berasaskan teknologi RFID.

Katanya, UMT turut bertanggungjawab mengkaji penggunaan RFID dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan membabitkan haiwan laut bergerak seperti kajian mobiliti penyu dan ikan serta kawalan keselamatan trafik di dalam kampus.

"Secara tidak langsung, ciri-ciri yang terdapat dalam teknologi RFID yang mampu mengesan pergerakan dari jarak jauh ini akan dapat membantu UMT dalam menjalankan penyelidikan hidupan laut.

"Ini kerana jika MM Chip dipasang di badan haiwan seperti penyu, ia akan memudahkan pihak UMT untuk memantau pergerakan selain mengesan kewujudan penyakit seterusnya mencegah dari awal sebelum sesuatu penyakit itu disebarkan atau membahayakan persekitaran," katanya.

Menurut Aziz lagi, kerjasama ini bukan saja akan menambah pengetahuan pihak pengurusan, tenaga pengajar dan pelajar tetapi juga mampu meningkatkan prestasi dan daya saing UMT dalam sektor penyelidikan global yang semakin kompetitif.

Kerjasama ini, katanya, akan membolehkan UMT muncul sebagai institusi pengajian tinggi awam di pantai timur yang terawal menggunakan teknologi RFID dalam sistem pentadbiran dan maklumat pelajar, sejajar dengan perkembangan pesat UMT untuk muncul sebagai Universiti Pengajaran dan Penyelidikan (TRU) pada 2015.

Sementara itu, Azmi berkata, geran penyelidikan yang disalurkan oleh Senstech akan digunakan oleh tenaga akademik UMT untuk membangunkan aplikasi berasaskan teknologi RFID khususnya bagi pengesanan aset dan inventori seterusnya mempopularkan penggunaannya di kalangan warga kampus.

Katanya, antara aspek penggunaan perisian ini ialah di pintu keluar dan masuk sesebuah organisasi, maklumat aset yang dipindahkan, maklumat penempatan, pengesanan buku di rak perpustakaan selain kajian mobiliti objek bergerak.

Beliau berkata, perisian pertama dijangka dapat dihasilkan tahun ini.


LED-Lampu Teknologi Masa Hadapan...


(Teknologi Lampu LED - Lampu Masa Depan
)

Percaya atau tidak lampu konvesional perlu ditukar setiap 15 bulan tetapi lampu LED mampu bertahan selama 10 tahun. Lampu yang digunakan di dunia pada masa ini adalah lampu mentol atau pijar dan lampu kalimantang. Tahukah anda bahawa kedua-duanya beroperasi secara pemanasan dan turut mengeluarkan gas-gas berbahaya seperti halogen, merkuri dan karbon dioksida? Mengenai aspek pemanasan pula, jangankan lampu kalimantang yang dipasang sehari suntuk, lampu yang baru dipasang tidak sampai 10 minit pun sudah terasa panas jika anda menyentuh kaca lampu tersebut. Menyedari peningkatan pencemaran dan kadar pemanasan global yang disumbangkan oleh lampu, negara Australia telah pun mengharamkan penggunaan lampu pijar dan kalimantang. Menjelang tahun 2010, negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand telah memandatorikan penukaran semua lampu mentol berfilamen dan kalimantang konvensional kepada satu lampu alternatif.

(Lampu Pijar/Mentol Mengeluarkan Haba Yang Tinggi)

Lampu LED mengeluarkan haba yang sangat rendah. Ia sekali gus mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke alam sekitar. Penggunaannya boleh mengurangkan kadar pemanasan dunia sebanyak 50 peratus sepanjang masa. Lampu kalimantang biasa memerlukan penggunaan starter, sebaliknya lampu kalimantang yang menggunakan teknologi LED tidak memerlukannya. Lampu kalimantang biasa juga akan berkelip-kelip sebaik sahaja kita membuka suis tetapi lampu LED terus mengeluarkan cahaya. Selain itu, lampu kalimantang biasa menyebabkan warna gelap di bahagian tepi berikutan proses pemanasan dan tindak balas gas. Lampu LED mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan mampu mengurangkan kos penggunaan.Sebagai contoh, lampu kalimantang konvensional yang biasa kita gunakan di rumah memerlukan 40 watt tenaga, sedangkan lampu LED hanya mengeluarkan 20 watt. Oleh kerana LED menggunakan tenaga elektrik yang rendah, maka ia memanjangkan jangka hayatnya. LED mempunyai jangka hayat sekitar 35,000 jam berbanding lampu biasa yang hanya dapat bertahan sehingga 5,000 jam.

(Perbezaan cahaya antara lampu kalimantang biasa
(kiri) dan lampu kalimantang LED)



Walaupun lampu mentol berfilamen dan kalimantang lebih murah berbanding dengan lampu LED, tetapi jika diambil kira penjimatan penggunaan elektrik, kos keseluruhan untuk penyelengaraan lampu-lampu LED dijangka akan menyamai kos keseluruhan penyelenggaraan lampu-lampu mentol dan kalimantang dalam masa setahun penggunaannya.Bil elektrik juga mungkin berkurangan kerana pendingin hawa tidak perlu terlalu mengeluarkan tenaga bagi menyejukkan kawasan yang panas disebabkan lampu. Seorang pengkaji Sweden menyatakan, buah tomato yang dipancarkan dengan cahaya LED mampu menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding dengan cahaya lampu konvensional,” ujarnya mengakui lampu LED mempunyai potensi untuk dimajukan dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Sumber : Kosmo – Lampu LED lebih ‘hijau’

Tempat Parking Basikal

Kagum betul aku dengan teknologi kat Jepun ni. Actualy, orang jepun ni,suka bawa basikal sehingga menyebabkan tempat letak basikal tempat mereka menjadi sangat terhad. Untuk atasi masalah tu, mereka membuat parking bawah tanah.

Parking ni nampak macam simple je,hanya masukkan kad, kemudian boleh simpan basikal tersebut. Teknologi yang mereka gunakan ni macam dalam movie iRobot, cuma dalam movie tu boleh simpan kereta tapi bezanya mereka hanya simpan basikal je. kalau benda ni buat di Malaysia, boleh la buat simpan motosikal. So xda la kes curi motor dan kehilangan motor kan..itu lah hebatnya teknologi jepun ni..










































ini tempat parking biasa...berbeza dengan parking di bawah tanah

VIDEO TEMPAT PARKING BAWAH TANAH