Tuesday, March 16, 2010

Cool G108: Jam tangan pintar sekali dengan Hanphone

Beberapa tahun yang lalu kita mengenali jam tangan yang sekaligus merangkap menjadi storage device (menggunakan USB), sekarang jam tangan juga menambah salah satu fungsinya menjadi handphone. Cool G108 adalah Jam tangan yang juga berfungsi sebagai handphone. Pada tampilan atasnya hampir sama dengan jam tangan digital pada umumnya, bila kita buka, maka paparan handphone akan muncul disitu.

Fitur-fitur lain pada Cool G108 iaitu :

  • GSM QuadBand (850/900/1800/1900 MHz)
  • Ukuran: 51 x 51 x 20 mm (untuk body handphone saja)
  • Layar dengan lebar 1.5-inch 256k warna, 128 x 160 pixel
  • external LED display
  • Berat : 65 grams
  • Support GPRS
  • Menggunakan Kamera 1.3 megapixel
  • Support Multi media player
  • Bluetooth
  • Memori Internal 0.5 MB
  • Tersedia slot untuk Memory card (MMS)
  • SMS / MMS
  • Mendukung Koneksi lewat port USB

Jam Tangan, Handphone, support external memory dan ada USB, sehingga kita boleh transfer file dari PC ke Jam tangan kita. canggihkan?..sekarang dengan adanya kepakaran dalam bidang teknologi pelbagai jenis barang dpat dihasilkan untuk keperluan kita..











Monday, March 15, 2010

UFO diramal muncul di Lembah Klang tiga bulan lagi


Oleh NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Seorang pengkaji makhluk asing tempatan, Ahmad Jamaludin (gambar) meramalkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) akan muncul sekali lagi dalam masa tiga bulan ini di ruang udara Lembah Klang.

Pengkaji UFO bebas dari Kuala Terengganu itu berkata, kebiasaannya, tiga bulan merupakan waktu maksimum bagi UFO untuk muncul

Saturday, March 13, 2010

Persoalan Dasar PPSMI Yang Berubah-rubah


Tuan Haji Mohd Nor Bin Othman(Hulu Terengganu) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan, apakah rasionalnya kerajaan menunggu sehingga tahun 2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dalam pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.


Video


Pandangan serta pendapat bebrapa orang penuntut sekolah terhadap cadangan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Melayu bermula pada tahun 2012.

Video

USM Cuba Kaedah Pembelajaran Aplikasi Bidang ICT

PULAU PINANG, 23 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengaplikasikan pengajaran bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengunakan kaedah unik yang dapat memberi lebih ruang kepada penuntut memahaminya mengikut cara tersendiri.

Naib Canselornya Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata idea menggunakan kaedah berkenaan diperolehi selepas beliau melihat kajian seorang pakar ICT dari India yang menunjukkan pembelajaran secara sendirian mendatangkan kesan positif kepada pelajar.

"Kaedah itu dilihat dapat menukar corak pengajaran sedia ada dan menjadikan ICT sebagai satu bidang yang boleh memberi impak kepada kreativiti dan ilmu pengetahuan secara lebih terbuka dan luas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai ICT di sini Selasa.

Katanya pengenalan pembelajaran ICT menggunakan teknik itu dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, di samping memenuhi keperluan terhadap kemahiran bidang berkenaan untuk semua golongan.

Bengkel tiga hari yang disertai 50 pensyarah dan pendidik, anjuran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan itu diadakan serentak dengan pelancaran Pusat Sumber ICT Unesco Bangkok hasil kerjasama USM dengan Unesco Bangkok dalam mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran ICT secara lebih mapan dan sistematik.

Unesco Bangkok akan menempatkan Pusat Sumber Teknologi Komunikasi Maklumat selaras dengan penubuhan makmal i-SMARTLAB (Integration of Smart Media) di USM melalui dana Bank Pembangunan Islam (IDB).


-- BERNAMA

UMP Terima 13 Robot Industri Daripada Perodua


KUANTAN, 29 Dis (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) Selasa menerima sumbangan 13 robot industri bernilai RM2.6 juta daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerusi program kerjasama strategik antara industri dan institut pengajian tinggi (IPT).

Robot industri tersebut pernah digunakan bagi pemasangan model kereta Perodua iaitu jenis Kenari, Kancil dan Kelisa yang telah diberhentikan keluarannya.

Perodua turut menyerahkan manual penggunaan robot kepada universiti berkenaan bukan sahaja untuk pembelajaran dalam kelas dan praktikal malah lebih kepada tujuan pembelajaran simulasi industri.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dalam ucapan pada majlis penyerahan itu, berkata sumbangan robot tersebut adalah untuk digunakan dalam pembelajaran sebagai salah satu usaha penerapan kaedah kilang berasaskan industri di universiti berkenaan."Kerjasama antara UMP dan Perodua bukan sekadar sumbangan robot sahaja malah pemindahan teknologi melalui latihan pengendalian robot," katanyaTeks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib.

"Para pelajar turut didedahkan dengan peralatan canggih robot industri ini selari dengan perkembangan industri yang memberi kemudahan kepada pelajar untuk membuat penyelidikan selain mereka didedahkan dengan suasana di makmal dan kilang sebagaimana mereka akan bekerja di industri nanti" katanya.

Pada majlis tersebut turut diadakan pameran Perodua selain pameran pelbagai hasil penyelidikan UMP yang telah memenangi pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar.


-- BERNAMA

Wednesday, March 10, 2010

Pesta gajet kembali


TEKNOLOGI mengawal komputer menggunakan mata dan juga menonton video di cermin mata (kiri) adalah antara teknologi yang terdapat di pameran CeBit di Hannover, Jerman.

ROBOT yang boleh mengajar anda berbahasa Cina, komputer yang boleh dikawal dengan pergerakan mata, jam penggera boleh terbang dan menonton video di cermin mata adalah beberapa gajet atau produk berteknologi yang boleh disaksikan di CeBit.

Pameran teknologi terbesar dunia yang berlangsung di Hannover, Jerman, bermula Khamis lepas itu menjadi taruhan kepada syarikat-syarikat teknologi maklumat untuk mengembalikan kegemilangan bidang itu yang agak terjejas tahun lepas kerana kelembapan ekonomi dunia.

Mungkin kita boleh bermula dengan mengenali Amy, robot cantik dan pintar yang mempunyai kemampuan mengajar anda bahasa Cina dan mempunyai 400,000 perkataan untuk diucapkan. Ia juga mempunyai otak yang diprogram dengan pengetahuan daripada keseluruhan Encyclopedia Britannica.

Robot ini menggunakan teknologi kepintaran buatan dan sistem pengenalan suara serta boleh berbual selama empat jam tanpa henti dengan sesiapa sahaja.

Robot setinggi 35 sentimeter dan mempunyai skrin komputer sebagai mukanya itu mempunyai tangan laser untuk memaparkan wajahnya ke dinding. Amy dijangka berada di pasaran menjelang akhir tahun ini, kata Bruce Han dari syarikat Viewmotion Ltd., dari Korea Selatan.

"Setakat ini, dia hanya mampu bercakap dalam bahasa Inggeris dan Cina, tetapi kami berharap dalam masa beberapa tahun lagi Amy boleh berbahasa Perancis, Jerman, Itali dan Jepun," katanya.

Tarikan seterusnya ialah teknologi mengawal komputer dengan hanya menggunakan pergerakan mata yang dibangunkan oleh Tobii Technology dari Sweden.

Teknologi yang dibangunkan untuk membantu golongan kurang upaya (OKU) menggunakan komputer itu membolehkan penyelidik mengetahui apakah elemen pertama yang akan diperhatikan terlebih dahulu apabila seseorang menggunakan komputer.

Teknologi yang hampir sama juga diperkenalkan oleh Fraunhofer Institute yang mana pengguna boleh menunjukkan kepada skrin walaupun berada sejauh 20 meter dan 'menyentuh' ikon-ikon atau mengawal kursor seperti mereka menggunakan skrin sesentuh.

Menghubungkan

Fraunhofer dengan kerjasama beberapa syarikat juga sedang membangunkan perisian 'Hydra' yang merupakan sistem untuk kegunaan rumah pintar kerana ia boleh menghubungkan peralatan di rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, langsir dan sebagainya dalam satu sistem.

Misalnya, jika anda berada di luar rumah, anda boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mesin basuh untuk menjalankan cucian selepas pakaian anda direndam, menutup atau membuka langsir, membuka atau menutup televisyen dan sebagainya.

Memandangkan pemain muzik seperti pemain MP3 dan iPod adalah gajet biasa masa kini, maka beberapa syarikat berusaha memperkenalkan aksesori yang boleh dihubungkan dengan produk-produk itu seperti Tunebug Vibe.

Produk ini semestinya sangat digemari oleh peminat muzik kerana anda hanya perlu meletakkan pemain MP3 anda kepada mana-mana permukaan seperti meja, dinding, kotak dan sebagainya yang kemudiannya memberikan bunyi menakjubkan dengan speaker mudah alih anda itu.

Sebuah syarikat pengeluar gajet dari Britain, Satzuma misalnya memperkenalkan satu permainan yang mana membolehkan anda melancarkan roket getah untuk mengenai mana-mana sasaran rakan anda dengan menggunakan kawalan komputer.

Bagi yang agak susah bangun pagi dan sering menekan butang snooze atau stop ketika jam penggera berbunyi, apa kata jika anda membeli jam penggera yang boleh terbang!

Dengan jam penggera ini, apabila tiba waktunya yang anda telah tetapkan, ia bukan sahaja akan berbunyi tetapi ada sejenis alat yang akan terbang di sekeliling bilik anda yang mana anda perlu menangkap dan meletakkannya semula kepada jam penggera jika tidak mahu diganggu lagi.

Menarik bukan? Selepas terpaksa bangun dan mengejar alat itu, tentu tiada siapa yang akan merasa mengantuk lagi dengan gajet ciptaan syarikat Getdigital.de dari Jerman ini.

Getdigital.de juga menawarkan sebuah alat kawalan jauh yang sangat kecil tetapi mempunyai kemampuan membuka dan menutup kebanyakan televisyen di Eropah.

Sememangnya, CeBit mempunyai pelbagai teknologi yang mampu membuka minda anda dan juga memberi gambaran mengenai kehidupan masa depan yang sudah tentu menjadi acara wajib untuk dikunjungi kepada peminat gajet dan teknologi terkini.


Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusan.com.m

Komunikasi premium dan eksklusif


XPERIA X2 ditampilkan dengan fungsi eksklusif untuk aplikasi personal dan profesional.

FUNGSI cemerlang bagi segmen telefon bimbit pintar Sony Ericsson XPERIA sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bermula dengan XPERIA X1 yang hadir mencuri tumpuan pengguna pada penghujung tahun 2008, syarikat berkenaan baru-baru ini telah memperkenalkan model XPERIA X2 pula.

Menerusi tawaran teknologi dan reka bentuk yang sofistikated, model itu dilihat mampu memperkukuhkan lagi sambutan terhadap portfolio berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, fungsi versatil XPERIA X2 bakal melengkapkan keperluan pengguna bagi aktiviti profesional dan juga personal.

''Memandangkan permintaan terhadap telefon bimbit pintar hari ini mengalami pertumbuhan yang sangat pantas, pengenalan XPERIA X2 adalah tepat pada masanya,'' katanya pada taklimat media yang yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

XPERIA X2 mempunyai kelebihan didatangkan bersama sistem operasi Windows Mobile 6.5 untuk fungsi kawalan kerja yang lebih fleksibel.

Menerusi aplikasi unik SlideView pula, pengguna boleh mengakses kesemua aktiviti telefon bimbit seperti panggilan keluar dan masuk, emel, mesej, kalendar, nombor panggilan dan sebagainya secara pantas.

Dari segi paparan, ia dilengkapi panel sesentuh resolusi tinggi tiga dimensi (3D) bersaiz 3.2 inci yang boleh ditukar mengikut tema pilihan pengguna.

Lebih menarik apabila paparan skrin utamanya boleh bertukar secara automatik berdasarkan hari dan masa yang telah ditentukan oleh pengguna.

Untuk itu, telefon bimbit berkenaan menawarkan 14 rekaan panel istimewa seperti Skype, Mytopia, Googles, CNN dan Windows Live selain 16 panel lagi boleh diperolehi secara muat turun.

Walau bagaimana pun, telefon bimbit tersebut masih mengekalkan fungsi gelongsor tepi yang unik untuk untuk capaian pantas kepada papan kekunci QWERTY.

Bagi keupayaan multimedia pula, XPERIA X2 disempurnakan bersama kamera 8.1 megapiksel dengan teknologi pemfokusan auto digital 16 kali.

Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti sokongan kad memori microHD sehingga 16 gigabit (GB), sambungan Bluetooth, Wi-Fi, USB dan slot kabel televisyen.

XPERIA X2 yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan silver itu kini boleh diperolehi daripada pengedar sah dengan harga RM2,799.

ARKIB : 4/3/2010